Khamis, 21 Februari 2013

last minute baca tips interview

Assalammualaikum,,


ptng nie aku ada intervw. tolong,,,,,,,,,,,,,, gugup thap gaban niee,, dh la fst time nk intrvw nie,, adoooii nyeerrr pon,,,

Persediaan pon xda nie. Pnya la aku bzy cari tipz yang berguna,, nasib baik aku da tjmba blogger nie  http://temuduga.blogspot.com/2011/09/3-tips-elakkan-perasaan-gemuruh-semasa.html ..

blog niee dpt la gak kot bantu aku,, apa2 pon tQ sgt,, info yg berguna n bermnfaat,,

kamu2, awk2, korg2,

:: wwish me good luck k,, 





Selasa, 17 April 2012

Senyuman yang Menawan



” Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ” Ungkapan yang sangat istimewa menggambarkan betapa cantik dan indahnya senyuman itu.. Keikhlasan senyuman itu lahir dari hati yang bersih dan suci.. Manisnya senyuman kerana sifat itu biasa diamalkan membawa satu ribu satu kebaikan buat mereka yang sentiasa senyum..


Senyuman itu menawan, pada para wanita khususnya isteri-isteri, berilah senyuman pada suami anda dengan senyuman itu lebih bahagia kamu berdua.. Senyumlah dikala dia ingin pergi lakukan tugas, senyumlah dikala sambutnya pulang dari tugasan, dan perolehlah kamu pahala sedekah, kerana senyum itu satu sedekah..


Senyumlah ketika bertemu rakan-rakan anda dan mereka pasti terpegun dan kagum tertanya “kenapa anda selalu tersenyum ?” Dengan senyuman anda itu membuatkan mereka tersenyum dan terus berjangkit..


Senyuman itu tenang, dikala keresahan tabah hadapi ia dengan senyuman, supaya kelihatan kental menangani masalah, supaya dapat lahir rasa tenang dan hilang rasa gugup.. Senyumlah dengan kekuatan yang ada…


Senyumanlah disamping pelanggan-pelangganmu terasa senang berurusan dengan anda, ditatapi wajah yang penuh gembira walaupun menghadapi hari sukar, insya allah, senyuman anda buat pelanggan anda akan sentiasa buat mereka teringat pada anda, mungkin bukan hari esok atau lusa, mungkin masa-masa yang akan datang, kerana hadirnya senyuman dirimu.


Senyuman itu manis, dan lebih manis dari madu yang boleh menjadi pengubat pada hati yang duka dan lara…


Tak rugi jika senyum, senyumlah dengan ikhlas supaya anda dapat merasa ketenangan darinya.. Renung-renungkanlah seketika..

Isnin, 16 April 2012

16 Artikel Tentang Wanita


Kompleksiti wanita adalah sangat mendalam dan sangat sensitif, dimana kalau dibandingkan dengan golongan lelaki yang lebih simple(mudah) dan bersahaja.


Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya, dari hujung kaki hingga hujung rambut dan padan lah kalau mereka nak bersiap memerlukan 3 atau 4 kali masa yang diambil oleh kaum lelaki.

Dan oleh sebab komplesiti dan sensitiviti wanita, mereka sangat-sangat sukakan

1. Bau-bauan yang wangi dan menyegarkan.

2. Warna-warna yang terang dan menarik seperti bunga ros.

3. Objek-objek yang comel seperti teddy bear, patung-patung kecil

4. Baju-baju yang penuh dengan ketilitian dan kehalusan, seperti renda bunga pergelangan tangan, sulaman halus pada baju.

5. Barang kemas yang rekabentuknya menarik kemas tampak bergaya dan elegan

6. Makanan-makanan yang sedap, enak dan rasa yang unik, kalau dibandingkan dengan lelaki dengan sifat “belasah saje”

7. Barangan bayi, kerana sifat keibuan yang merupakan fitrah semulajadi wanita.

8. Puisi dan sajak yang menonjolkan rasa kasih sayang dan cinta

9. Cerita, movie dan kisah romantik yang mengasyikkan

10. Lagu-lagu jiwang, kerana lirik-liriknya yang menceritakan hati mereka

11. Mendengar kata-kata manis dari diri anda untuk dirinya supaya rasa dihargai dan disayangi.

12. Dimanjakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang

13. Gosip dan Artis mahu mengetahui trend terkini dan selalunya dijadikan idola.

14. Shopping! Mereka suka menyimpan koleksi supaya dapat kelihatan berbeza sentiasa.

15. Alat solek dan penjagaan kulit supaya sentiasa kelihatan anggun dan berseri menjadi daya pemikat kepada lelaki

16. Kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi “surprise” dalam bentuk hadiah, sambutan hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan.

Ada lagi yang anda ingin kongsikan bersama kami? Kongsi dengan rakan-rakan lelaki anda supaya mereka lebih memahami sifat feminin anda
Lagi Menarik

Khamis, 5 April 2012

16 Artikel Tentang Lelaki


Jika dibandingkan dengan wanita, lelaki adalah jauh lebih mudah untuk difahami.. Sifat “Straight to the point” atau berterus-terang merupakan cara paling mudah bagi seseorang lelaki menyampaikan maklumat, mesej dan komunikasi kepada kaum hawa. Ada juga kelemahan sifat lelaki yang biasanya kurang perihatin kerana mereka sering menganggap perkara kecil sebagai remeh-temeh.

1. Lelaki selalunya berterus terang.



2. Kurang mempamerkan perasaan sebab ada rasa ego

3. Pandai dalam bidang teknikal, matematik, sains, kejuruteraan

4. Sukakan aktiviti lasak, sukan, mendaki bukit, “jungle tracking”

5. Bersifat menyelesaikan masalah makro dari mikro

6. Mempunyai sifat kepimpinan yang lebih dari perempuan

7. Memerlukan masa yang lama untuk memahami dan menjadi romantik

8. Lebih bersifat OBJEKTIF, iaitu mempunyai matlamat bagi mendapatkan sesuatu dengan cepat dan tepat

9. Tidak suka dikongkong dan akan memberontak jika dikongkong

10. Mementingkan soal praktikal dalam banyak aspek

11. Tidak boros, dan hanya memilih apa yang perlu

12. Sangat kurang arif tentang sifat-sifat wanita bila masih muda remaja

13. Kurang berkongsi masalah kerana tidak mahu pasangan terasa beban dan lelaki mempunyai sifat yang yakin untuk menyelesaikan masalah itu sendiri

Tetapi dalam semua sifat itu, ia adalah sangat normal jugak bagi lelaki mempunyai sifat-sifat berikut

14. Sukakan wanita yang *cantik, baik dan pandai mengambil hati. *cantik itu adalah subjektif buat semua lelaki

15. Suka jika dihormati, dikasihi dan didampingi pasangannya

16. Suka pasangannya memberi sokongan bukan penyelesaian bila berada dalam masalah

Ini diungkap secara asas tentang lelaki, kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang dihadapinya..

Semoga menjadi rujukan yang menarik buat para wanita.

Isnin, 2 April 2012

Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa... :)


Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Selasa, 27 Mac 2012

MAAFKANLAH ...

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!

Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. Ia sangat mencabar..
Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.

Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu.
Mari kita sahut cabaran ini!!! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan?

Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.



Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.
Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya :

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]

Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]

dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.

Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.

Selasa, 20 Mac 2012

♥ jika aku tulang rusukmu yang hilang itu, cari lah aku,,,Dan Pasti Akulah Milik mu..




Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

 & janganlah engkau sekali2 merendahkan dirimu

 Menggugurkan diri..menyembah tanah..

 Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu..

 Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.

 Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

 ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..

 Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..